Mudahkan rakyat buat pembayaran

in Bisnes by


APLIKASI e-dompet tempatan, Boost mengumumkan ciri-ciri baharu, yang direka khas untuk memenuhi semua keperluan pembayaran bagi rakyat Malaysia.


Dengan memperkenalkan ciri-ciri terkini, Boost akan membolehkan pengguna menderma dengan semangat kemurahan melalui fungsi derma terkini termasuk Tabung Harapan dan Tabung Bersamamu (oleh Media Prima).


Boost adalah aplikasi e-dompet yang terkemuka dengan lebih daripada 2.5 juta pengguna dengan pedagang dalam talian dan offline yang terletak lebih daripada 25,000 titik sentuh pedagang.


Ciri-ciri baru ini akan turut membolehkan pengguna membayar tempat letak kereta dengan cara yang unik di kebanyakan jalan utama sekitar Lembah Klang dan membayar bil-bil utiliti seperti Telekom Malaysia, Astro dan Syabas.


Pengguna juga boleh menikmati ganjaran segera setiap pembayaran serta menetapkan auto-peringatan. Ciri-ciri baharu ini turut menawarkan perkhidmatan semasa seperti membeli top-up prabayar dan baucar digital serta pemindahan wang percuma.


Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Christopher Tiffin berkata, pihaknya sentiasa berusaha menyediakan pengalaman terbaik untuk pengguna kami dengan ciri dan perkhidmatan ditawarkan.


“Ini adalah salah satu sebab mengapa kami memperkenalkan Tabung Harapan dan Tabung Bersamamu ke dalam senarai organisasi dan pengguna turut berpeluang beri sumbangan.


“Di samping itu, untuk setiap ganjaran ke-10, Boost akan mendermakan RM 1 ke Tabung Harapan. Sebagai e-dompet, kami berasakan penting untuk memudahkan dengan penyediaan platform ini dan menjadi bahagian penting melalui #DoGoodWithBoost,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]