Padah hantar mesej lucah kepada cikgu

in Edisi Selangor KL by


SUNGAI BULOH – Gara-gara menghantar mesej berbaur lucah, seorang lelaki menerima padah apabila dia ditahan polis selepas melakukan tindakan tersebut ke atas seorang guru baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S. Somu berkata, dalam kejadian itu, lelaki berkenaan ditahan pada 19 Jun lalu dan dituduh di Mahkamah Majistret 2 Shah Alam, hari ini.


“Sebelum ini, mangsa berkenaan dikatakan agak terkejut apabila menerima satu pesanan melalui aplikasi WhatsApp yang berunsur lucah dari suspek terlibat.


“Selain pengadu, rakan sekerjanya juga turut menerima pesanan Whatsapp tersebut,” katanya.


Susulan penahanan itu, Somu berkata, suspek terlibat akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 untuk tindakan selanjutnya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]