Pemandu bas ekspress ada lima waran tangkap

in Edisi Selangor KL by


KLANG – Positif dadah dan mempunyai 10 saman lampau termasuk lima waran tangkap namun masih memandu bas ekspress seperti biasa.


Perkara itu bagaimanapun terbongkar apabila polis melaksanakan Op Khas Kenderaan Perkhidmatan Awam dan Bas Ekspress sempena Op Selamat Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, malam tadi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superitendan Nor Omar Sappi berkata, dalam operasi dilaksana di Terminal Bas Klang Sentral Meru itu pemandu bas berusia 28 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.


Menurutnya, operasi dijalankan di dua lokasi termasuk sekatan jalanraya di Persiaran Klang Sentral bermula jam, 6 petang hingga 11 malam.


Seramai 21 pemandu dan 40 bas diperiksa oleh 28 anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah serta tujuh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).


 Sebanyak 84 saman dikeluarkan termasuk 72 saman yang dikeluar secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.


“Kesalahan paling banyak dikesan adalah lesen memandu (25), tali keledar (19), cukai jalan(16) , tempat letak kereta (12) diikuti lain-lain kesalahan.


“Daripada jumlah itu, 52 kesalahan dilakukan pemandu kereta diikuti motosikal (26), lori (tiga), kereta pelbagai guna (dua) dan van (satu),” katanya 114 orang diperiksa dalam operasi berkenaan.


Terdahulu, beliau berkata, berlaku peningkatan saman dikeluarkan iaitu sebanyak 2,353 saman dikeluarkan berbanding 2,359 pada Op Selamat yang lalu.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]