Saingan panas Team Biru lawan Team Putih

in Edisi by


KUALA BERANG – Pemilihan barisan jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu, esok, dijangka panas dengan pertembungan di antara Team Putih dan Team Biru.


Team Putih diketuai anak sulong bekas Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang iaitu Tengku Haphiz, manakala team biru oleh Tengku Iskandar Tengku Salim.


Kedua-dua mereka calon ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu bagi penggal 2018-2021 dan mesyuarat pemilihan hari ini dijadualkan berlangsung di Dewan Komuniti Kuala Berang.


Poster kedua-dua calon bersama barisan jentera masing-masing turut dimuatnaik dalam laman sosial Facebook sekaligus mengundang perbahasan hebat dalam kalangan nitizen.


Ada dalam kalangan pengguna fb memuatnaik status dengan menggelarkan baju biru sebagai team marheem, manakala baju putih digelar team orang-orang kaya.


Malah, ada yang turut luahkan kekecewaan setelah dikatakan pemilihan calon-calon exco Pemuda, ada sebahagiannya main tangkap muat sedangkan tuan empunya badan sendiri tidak tahu menahu mengenai politik.


Pemilik akaun yang sama juga turut mengatakan ada calon-calon exco berkenaan juga tidak hadir pada mesyuarat peringkat cawangan telah diadakan sebelum ini.


Samada team putih atau biru, hanya perwakilan Pemuda yang boleh menentukannya hari ini dan untuk rekodĀ  Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu penggal lalu ialah Mohd Johari Abu Bakar.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]