SPRM nafi beri kenyataan isu rasuah di Kelantan

in Nasional by


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah di Kelantan.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan suruhanjaya itu untuk menular kenyataan tersebut baru-baru ini.


“Tindakan tersebut dilihat sebagai ingin mencemarkan reputasi SPRM.


“Ingin ditegaskan bahawa SPRM komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya menerusi satu kenyataan.


Orang ramai dinasihatkan tidak menular berita yang tidak sahih menggunakan nama pengurusan tertinggi SPRM. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]