Syafiq Kyle sambut raya sebelum jadi Maritim

in Hiburan by
Syafiq Kyle

Syafiq Kyle sambut raya sebelum jadi Maritim


PELAKON Syafiq Kyle, 26, memberitahu dia akan bercuti panjang sebelum kembali beraksi untuk filem Penguatkuasa Maritim selepas hari raya Aidilfitri.


Menurut pelakon hebat menerusi drama Nur sebagai Ustaz Adam, cuti panjang ini dimanfaatkan sebaik-baiknya bersama ahli keluarga tersayang di kampung halamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


“Persiapan raya kali ini biasa-biasa sahaja sebab jadual agak padat dengan beberapa projek. Jadi, raya tahun ini saya cuti lama dan pulang ke kampung sebelum mula bekerja.


“Selepas hari raya nanti saya ada mega drama untuk Astro kemudian ada penggambaran untuk filem Maritim.


“Selama dua bulan juga saya akan berada di kem Kuantan, Perak, dan Langkawi sebagai persiapan,” katanya teruja.


Selain itu, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali dengan panggilan Syafiq Kyle berkata, pelakon Hairul Azreen merupakan rakan artis yang dijadikan contoh dan tempat rujukan untuk watak aksi bagi filem yang hampir sama.


“Hairul merupakan antara rakan artis yang saya rapat. Jadi memang dialah yang menjadi rujukan pertama saya. Lagi pun, bab makanan dia boleh nasihat.


“Ini kerana Maritim mahukan saya bertubuh lean sahaja nanti risau kalau babak panjat saya sukar nak buat.


“Justeru itu, saya kena usahakan seperti pihak Maritim mahukan,” katanya yang akan memulakan penggambaran pada bulan Ogos depan.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]