277 ahli layak memilih

in Politik by


KULIM – Seramai 277 perwakilan sayap Wanita Bahagian Kulim-Bandar Baharu yang layak untuk membuat pemilihan pada hari ini.


Tiga jawatan Ketua Wanita Umno, Naib Ketua dan ahli jawatankuasa (AJK) akan dipertandingan pada kali ini.


Bagi jawatan Ketua Wanita Umno telah menyaksikan pertandingan dua penjuru iaitu antara penyandangnya Nazira Abd Rahim dan bekas Ketua Puteri Umno Kedah, Datuk Norsabrina Mohd Noor.


Manakala bagi jawatan Naib Ketua Wanita Umno juga berlaku pertandingan dua penjuru antara penyangdangnya, Mariyaton Ibrahim dan Rosni Mahmud.


Seterusnya untuk AJK Wanita Umno Bahagian juga telah mendapat 30 pencalonan dan hanya 15 calon sahaja akan dipilih.


Sebanyak 77 cawangan Umno di kawasan ini telah menghadiri mesyuarat dan pemilihan pada kali ini.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]