BN belum terima surat dari Gerakan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – BN masih belum menerima makluman rasmi berhubung keputusan komponennya, Gerakan yang mengumumkan keluar parti, hari ini.


Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan meneliti perkara tersebut terlebih dahulu.


“Saya akan melihat keputusan yang dibuat mereka secara teliti kerana kita belum mendapat surat rasmi daripada mereka.


“Dan saya akan minta Setiausaha Agung  BN dan Setiausaha Kerja BN untuk hubungi mereka,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, hari ini.


Gerakan memutuskan untuk keluar daripada komponen BN sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk menyatukan parti dan anggotanya selepas kekecewaan dan kejutan dialaminya pada PRU14.


[ARTIKEL BERKAITAN: Gerakan umum keluar BN]


Dalam kenyataan hari ini, Jawatankuasa Pusat Gerakan (GCC) berkata ia mengambil keputusan sebulat suara untuk keluar daripada BN selepas mengadakan perbincangan, penelitian dan pertimbangan menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca PRU14.


Sementara itu, ketika diminta mengulas lanjut tentang keputusan Gerakan itu, Ahmad Zahid hanya menjawab, “sebab itu kita nak lihat perinciannya dulu.”


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]