Empat menang tanpa bertanding

in Politik by


IPOH – Empat jawatan melibatkan Pengerusi Tetap Pemuda, Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda, Ketua Pemuda Bahagian dan Naib Ketua Pemuda Bahagian menang tanpa bertanding sempena Mesyuarat Perwakilan Sayap Umno Bahagian Padang Rengas, pagi tadi.


Mengulas lanjut, Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Rengas Mohd Ariff Abdul Majid berkata, setakat ini pertandingan hanya wujud di peringkat ahli jawatankuasa.


“Di peringkat Pemuda, memang tidak ada pertandingan kali ini kerana empat jawatan tersebut dimenangi tanpa bertanding.


“Kali ini pertandingan hanya wujud di peringkat ahli jawatankuasa.


“Namun, kita difahamkan wujudnya pertandingan¬† di peringkat Wanita,” katanya kepada Sinar Harian.


Mohd Ariff berkata demikian sempena Mesyuarat Perwakilan Sayap Umno Bahagian Padang Rengas di Dewan Millinium, Padang Rengas.


Sementara itu, Mohd Ariff menyifatkan sokongan terhadap Umno di Padang Rengas masih kuat berdasarkan kepada pertambahan majoriti pada PRU14, lalu.


“Biarpun secara keseluruhannya Umno dan BN mengalami kekalahan teruk pada PRU14 lalu, namun masih mendapat sokongan rakyat di Padang Rengas,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]