Khairul Azwan pilihan Pemuda Sabak Bernam

in Politik by


SABAK BERNAM – Pemuda Umno Bahagian Sabak Bernam mencalonkan Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun untuk jawatan tertinggi sayap pemuda pada pemilihan kali ini.


Khairul Azwan menang untuk pemilihan itu selepas memperoleh 102 undi menewaskan  Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki yang mendapat 32 undi.


Manakala, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri meraih enam undi dan enam lagi calon bagi merebut jawatan itu tidak mendapat sebarang undi.


Seramai 140 perwakilan hadir dan mengundi pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Sabak Bernam.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]