Manfaatkan potensi eksport makanan diproses ke AS

in Bisnes by


NEW YORK – Meskipun agak lambat menyertai sektor eksport makanan diproses dan berdepan persaingan sengit daripada pembekal lain di rantau ini, Malaysia boleh membentuk pasaran khusus bagi segmen ini dengan memanfaatkan secara agresif potensi eksport ke Amerika Syarikat (AS).


AS adalah pasaran terbesar dunia bagi makanan diproses dari segi nilai dan merupakan antara yang paling terbuka kepada makanan asing.


Walaupun Malaysia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal utama minyak boleh dimakan, cabaran sebenarnya adalah untuk meningkatkan eksport makanan diproses, di mana berkaitan AS, ia masih lagi dalam jumlah yang kecil.


New York Fancy Food Show (NYFSS) yang bermula dari 30 Jun-2 Julai depan bakal menawarkan platform menarik bagi pengeksport makanan diproses Malaysia untuk mempamerkan produk mereka. Namun usahawan Malaysia hanya sekali sekala menyertai acara tersebut.


Menurut Muhd Shahrulmiza Zakaria, Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang berpangkalan di New York, terdapat empat pempamer Malaysia yang akan menyertai NYFFS 2018 akan datang. -Bernama


 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]