Mayat tersangkut di sangkar ikan

in Edisi Utara by


GEORGETOWN – Mayat lelaki yang terjatuh dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah tiga hari lalu ditemui tersangkut pada sangkar ikan,  pagi tadi.


Mayat lelaki itu ditemui tersangkut pada sangkar ikan, kira-kira 0.7 batu nautika Timur Laut dari lokasi mangsa disyaki jatuh.


Timbalan Pengarah Operasi, Ibu Pejabat Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan Harun berkata, mangsa dipercayai jatuh di KM 6.7 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, dari arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung.


Menurutnya, operasi mencari dijalankan bermula dari mangsa dilaporkan terjatuh kira-kira jam 8.50 pagi, 21 Jun lalu.


“Setelah hampir tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang bersama agensi penyelamat yang lain, mangsa dijumpai tersangkut pada sangkar ikan kira-kira jam 10.12 pagi tadi.


“Selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki dipercayai terjatuh ke laut, operasi SAR telah dilancarkan. Namun mangsa masih gagal ditemui dan operasi SAR ditangguhkan pada jam 7.30 petang semalam (kelmarin),” katanya menerusi satu kenyataan tadi.


Tambahnya, operasi telah di sambung semula pada jam 7 pagi semalam dan  mayat mangsa berjaya ditemui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat yang turut serta dalam oeprasi tersebut.


“Operasi ini melibatkan beberapa agensi kerajaan yang lain antaranya Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Pasukan Polis Marin Pulau Pinang. Operasi ditamatkan kira-kira jam 11 pagi tadi.


“Orang awam di minta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan dilaut di talian kecemasan 24 jam atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]