Mesyuarat dalam khemah

in Edisi Utara by


KEPALA BATAS – Persidangan Pemuda Umno Kepala Batas diadakan di bawah khemah dalam perkarangan Wisma Umno Kepala Batas di sini.


Bekas Ketua Pemuda Umno Kepala Batas,  Nordin Wahab berkata detik ini merupakan antara detik bersejarah apabila pemuda bersidang di bawah khemah.


“Bagi saya semangat kita tetap utuh, kebersamaan kita tetap teguh biarpun kita bermesyuarat dibawah khemah.


“Sebelum ini kita boleh bermesyuarat di ILP, di SM Sains Kepala Batas, tapi kita tak guna dewan-dewan ini sebab kita tak ada kuasa, Hotel Seri Malaysia pula ada orang tempah awal, Penang Golf Resort kita beri laluan kepada kakak-kakak kita iaitu wanita,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan pemuda Umno Kepala Batas disini.


Katanya, tragedi 9 Mei mengakibatkan Umno hilang segala-galanya.


“Peristiwa 9 Mei menjadi ingatan buat semua dimana Umno telah hilang kuasa, dan perkara ini telah saya pernah ungkapkan ketika dalam satu majlis suatu ketika dahulu dan inilah yang berlaku, kesannya apabila kehilangan kuasa.


“Namun, harus diingat bahawa segala pembangunan yang berlaku di Kepala Batas ini dibuat oleh pemimpin Umno yang memajukan membangunkan kawasan¬† ini daripada sebuah pekan koboi kepada apa yang kita lihat kini,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]