Rancang tambah laluan penerbangan baharu

in Bisnes by


BEIJING – Syarikat penerbangan Nasional Korea Utara, Air Koryo berhasrat menambah laluan baharu yang menghubungkan Pyongyang terus ke Xian, China.


Menurut wakil Air Koryo yang dipetik dalam portal Channel News Asia berkata, ia baru dalam perancangan dan belum dimuktamadkan lagi.


“Tidak dapat dipastikan adakah laluan baharu ini akan beroperasi pada Julai nanti,” katanya yang di petik menerusi Xian Evening News.


Dengan pelancaran laluan penerbangan baharu ini, Xian dijangka bakal menjadi bandar China ke lima yang menghubungkan laluan terus ke Pyongyang selepas Beijing, Shenyang, Shanghai dan Chengdu.


Xian yang terletak di wilayah barat laut China Shaanxi merupakan destinasi pelancongan utama yang terkenal dengan Warganegara Terracotta kuno. “Pembukaan laluan ini akan menjadikannya lebih mudah dan cekap untuk perjalanan dari Xian ke Pyongyang,” katanya.


Laporan tersebut, mula tersebar selepas lawatan rasmi dua hari pemimpin Korea Utara, Kim Joong Un ke Beijing, baru-baru ini.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]