RM6,500 kompaun babitkan 21 kes

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


SEREMBAN – Sebanyak 21 kes dengan nilai kompaun RM6,500 dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan sepanjang Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018.


Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Zubir Hamsa berkata, kes berkenaan diperoleh hasil pemeriksaan di 815 premis perniagaan termasuk 22 premis pemborong bermula 8 Jun sehingga kelmarin.


“Kompaun dikeluarkan mengikut Perintah 2 (1) Perintah Kawalan Harga Antipencatutan (PKHAP) [Penandaan Harga Barang Terkawal (PHBHT)] kerana gagal menggunakan tanda harga merah jambu pada barangan harga terkawal dan menjual lebih dari harga maksimum.


“Manakala jumlah nilai rampasan pula adalah sebanyak RM936.90 membabitkan kesalahan dilakukan oleh peniaga runcit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Menurutnya, secara keseluruhan sebanyak 2,067 premis perniagaan telah diperiksa sepanjang Skim Kawalan Harga Musim Perayaan tahun ini melibatkan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.


“Pemeriksaan berterusan akan dilakukan pihaknya dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan oleh peniaga  yang tidak beretika semasa musim perayaan.


“Peniaga juga perlulah mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan KPDNKK walaupun bukan lagi dalam tempoh musim perayaan,” katanya.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]