Speaker Dun Johor: Suhaizan tutup mulut

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat enggan melayani desas desus yang mengatakan beliau telah disenaraikan sebagai calon Speaker Dun Johor untuk penggal kali ini.


Beliau yang tewas pada PRU14 lalu di kerusi Dun Kukup nyata tidak mahu memanjangkam spekulasi berkenaan selain  memohon semua pihak untuk menunggu keputusan rasmi yang akan diumumkan pada 28 Jun ini.


“ Tiada apa saya nak komen


“Tunggu 28 Jun nanti,” katanya kepada Sinar Harian.  


Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, setakat ini terdapat dua nama yang telah disenaraikan untuk menggalas tugas dan tanggungjawab tersebut.


Katanya, Suhaizan adalah salahs eorang daripada calonnya.


“Setakat ini ada calon lain, ada dua nama. Apa sahaja boleh berlaku,” katanya.


Pada PRU lalu, Suhaizan tewas di tangan calon BN, Datuk Datuk Md Othman Yusof dengan beza undi (862).


Ia merupakan PRU ketiga disertainya sejak tahun 2008 lagi.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]