Tak sangka dapat duit raya

in Nasional by


KANGAR – Seorang pembaca setia Sinar Harian dari Perlis tidak menyangka diumumkan sebagai pemenang peraduan Hari-Hari Duit Raya, dan membawa pulang wang tunai RM500.


Arinawati Adnan, 40, berkata, kemenangan pembaca lain menjadi penyuntik semangatnya untuk terus menghantar borang penyertaan.


Namun katanya, dia tidak meletakkan harapan tinggi kerana menyedari saingan sengit dengan pembaca-pembaca lain di luar sana.


“Sebelum ini saya ada juga masuk Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M) Sinar Harian, tapi tak dak (tiada) rezeki, jadi bila tengok ada peraduan Hari-Hari Duit Raya ni, saja la terdetik nak cuba pula,” katanya di rumahnya di Taman Jaya Diri Behor Temak, di sini, kelmarin.


Menceritakan kembali ketika menerima panggilan daripada pihak Sinar Harian, Arinawati berkata, dia sangat terkejut dan tidak menyangka penyertaan sekadar suka-suka itu membawa tuah buat dirinya.


“Saya tergamam, tak percaya sebab saya tak pernah menang apa- apa peraduan atau cabutan bertuah sebelum ini.


“Tak sangka rezeki saya ada di sini, mungkin ia berkat 10 hari terakhir Ramadan,” katanya yang telah menghantar tujuh borang penyertaan sebelum ini,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]