Tiga jawatan tiada perebutan di Jeli

in Politik by


JELI – Ketua dan Naib Ketua Wanita serta Puteri Umno Bahagian Jeli menang tanpa bertanding pada mesyuarat perwakilan sayap parti berkenaan di sini, hari ini.


Ketua Puteri, Nor Wahida Patuan diumumkan sebagai Ketua Wanita Umno Jeli selepas diberi laluan oleh penyandangnya, Roslinah Mohamad.


Manakala Ketua Wanita Cawangan Nibong, Senah Muda menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno Jeli.


Sementara itu, Naib Ketua Puteri, Raja Nurhazmiza Raja Ali turut menang tanpa bertanding dan diumum sebagai Ketua Puteri Umno yang baru menggantikan Nor Wahida.


Manakala jawatan Naib Ketua Puteri pula disandang Setiausahanya, Maheran Md Zain @ Md Nawi yang juga menang tanpa bertanding.


Bagaimanapun jawatan Ketua Pemuda menyaksikan saingan tiga penjuru apabila penyandang, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari dicabar dua calon lain, Saifudin Mohd Nor dan Wan Nasrulhadiman Wan Mohd Nizam.


Manakala penyandang jawatan Naib Ketua Pemuda, Mohd Nazri Mohd Noor


turut dicabar dua calon lain iaitu, Nasrul Hadi Kamaruzaman dan Tuan Ahmad Humaizi Tuan Muhd Kamal.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]