Debat Presiden Umno adalah sesi soal jawab

in Edisi Pahang by


KUANTAN – Debat Presiden Umno yang dijadualkan berlangsung 29 Jun ini, hanyalah satu sesi soal jawab.


Calon Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, debat itu adalah sesi soal-jawab dan sesiapa boleh berkongsi pendapatan dan pandangan.


“Tak adalah bukan berdebat apa. Cuma sesi soal jawab sahaja. Semua orang boleh bercakap macam ni juga press conference.


“Orang ajukan soalan kita cuba jawab. It is not a debate.. Bukan debate. ok terima kasih,” katanya.


Beliau ketika ditemui media selepas majlis ramah mesra Umno Pahang bersamanya di Wisma Belia, Indera Mahkota hari ini.


Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat.


Pada awalnya hanya Khairy Jamaluddin dan ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sahaja yang bersetuju muncul pada program tersebut.


Kemudian ketika diwawancara dalam rancangan 100 hari Malaysia Baharu malam tadi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut bersetuju menyertainya bersama.


Ahmad Zahid semalam beliau bersetuju sekiranya ia bukan untuk memecahkan Umno kepada dua atau tiga.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]