Jubin mesra alam jadi pilihan

in Bisnes by


TREND rekaan jubin kini semakin berubah apabila pengguna lebih memilih rekaan mesra alam sebagai keperluan untuk penyelesaian eko jubin.


Bahkan, pengguna kini beralih kepada pemilihan jubin yang lebih besar dan nipis.


Pengurus Besar Pemasaran dan OEM, MML, Sim Swee Hwan berkata, memahami peralihan pasaran ini dan keperluan pengguna yang berubah menjadikan jenama jubin mewah MML membangunkan lebih banyak tawaran yang canggih dan relevan untuk para pelanggannya.


Keupayaan jenama menuju penggunaan teknologi baru adalah penting dalam memenuhi permintaan pengguna sekali gus meletakkan jenama di barisan hadapan antara trend dan teknologi global.


Sehubungan itu, MML melancarkan jubin hijau pertama di Malaysia pada 2012 bertujuan mengurangkan jejak karbon


“MML turut menerajui industri menerusi kemenangan berturut-turut pada Anugerah Keusahawanan Asia pada 2016 dan 2017 menerusi kategori Kepimpinan Hijau.


“Hari ini, sebahagian besar produk yang dikeluarkan MML® Eco Plant disahkan dengan ‘Eco Label’ oleh SIRIM dan ‘Green Label’ oleh Majlis Alam Sekitar Singapura,” katanya.


Pada 2015, jenama melabur dalam teknologi digital definisi ultra tinggi untuk jubin, bagi mewujudkan reka bentuk dan permukaan jubin yang inovatif.


“Dengan penyesuaian menjadi trend yang besar dalam reka bentuk dalaman, teknologi Digital MML UHD membolehkan para pelanggan membuat reka bentuk jubin mereka sendiri.


“Bagi menggalakkan pengguna meneroka imaginasi dalam reka bentuk, jenama itu telah menyediakan bilik pameran inovatif dikenali sebagai MML Hub, yang merupakan ruang yang khusus untuk pereka dalaman, arkitek dan pengguna yang mencari inspirasi reka bentuk,” katanya.


 


 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]