Kereta mewah ahli perniagaan terbabas

in Edisi by


GUA MUSANG – Kenderaan mewah milik ahli perniagaan terlibat dalam kemalangan apabila terbabas di Kilometer 69, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, berdekatan Kampung Sungai Lakit, semalam.


Difahamkan, kenderaan model BMW i8, milik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu dari arah Kuala Krai menuju ke Gua Musang.


Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam itu berpunca dari pemandu mahu mengelak binatang melintas.


“Tiba ditempat kejadian, pemandu cuba mengelak dari binatang terbabit lalu hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang.


“Ketika kejadian, hujan renyai-renyai dan jalan licin. Bagaimanapun, pemandu dan seorang penumpang tidk mengalami kecederaan.


“Namun, kereta mewah berkenaan rosak teruk di bahagian cermin hadapan dan sisi kerana terbalik,” katanya lagi.


Tambah Mohd Taufik, sejurus kejadian, pemandu terus membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang dan kereta berkenaan dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]