Ku Li puas hati Asyraf Wajdi, Zahida menang

in Politik by


KUANTAN – Barisan pimpinan baharu sayap Umno yang terpilih dalam persidangan perwakilan semalam dilihat mampu memberi nafas baharu kepada parti yang telah berusia 72 tahun itu, kata Tengku Razaleigh Hamzah.


Biarpun belum diumum secara rasmi, Tengku Razaleigh yang merupakan calon Presiden Umno melahirkan rasa gembira kerana setakat ini kesemua calon yang disokongnya menang dalam pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.


“Semua yang menang itu adalah yang kita sokong…menepati apa yang kita sokong, InsyaAllah ia mampu memberi nafas baharu kepada parti,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ramah mesra Umno Pahang bersama Tengku Razaleigh di Wisma Belia, Indera Mahkota, di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno menewaskan tujuh calon lain.


Mengikut keputusan tidak rasmi setakat pagi tadi, Asyraf Wajdi mendapat 73 undi daripada 189 bahagian, meninggalkan tiga lagi pencabarnya iaitu Senator Khairul Azwan Harun (58 undi), Shahar Abdullah (56 undi), dan Datuk Seri Jamal Yunus (2 undi).


Sementara itu, sayap Puteri pula, Naib Ketuanya Datuk Zahida Zarik Khan dilaporkan menang pertandingan jawatan Ketua Puteri Umno mengalahkan Hazreena Hashim.


Tengku Razaleigh berkata, sokongan ditunjukkan ahli Umno terhadapnya setakat ini berdasarkan ‘turun padang’ yang dilakukan amat menggalakkan.


“Saya sudah bertemu dengan anggota  parti di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang, setakat yang saya dapat lihat ‘menggalakkan’ lebih daripada itu saya tidak berani hendak cakap,”katanya yang akan ke Terengganu pula selepas ini. – Bernama


[ARTIKEL BERKAITAN: Asyraf Wajdi, Zahida menang]


Source: SH Politik

[featured-video-plus]