
MACHANG – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam Sungai Kelantan, dekat Temangan, di sini ketika membaiki paip saluran penyedut pasir.
Pada kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Sulaili Hassan,42 dipercayai tergelincir ketika membaiki paip saluran penyedut pasir berdekatan rumah rakit bersama mertuanya, Che Deraman Jusoh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima aduan kejadian itu pada jam 5.39 petang dan tiba di tempat kejadian, 25 minit kemudian.
“Pihak kami terus melakukan kerja-kerja pencarian dengan menggunakan kaedah ‘surface searching’ dan selaman untuk mencari mangsa.
“Bagaimanapun mangsa gagal dijumpai dan operasi ditangguhkan pada jam 7 petang,” katanya.
Tambahnya, operasi pencarian akan disambung pada jam 7 pagi esok.
Source: SH Edisi Kelantan
[featured-video-plus]