Mohamad Sabu ketua delegasi ke Cox's Bazar bulan depan

in Nasional by


SHAH ALAM – Delegasi dari Kementerian Pertahanan akan membuat lawatan ke kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh bulan depan.


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, pada kunjungan itu kementerian akan memberi bantuan logistik seperti perubatan, khemah dan makanan.


Beliau berkata, mereka juga akan menyambut Aidilfitri bersama kira-kira 60 sukarelawan terdiri daripada doktor dan kakitangan perubatan lain yang kini ditempatkan di sana.


“Mereka mempunyai tugas yang mudah kerana mereka bukan sahaja perlu bekerja di bawah tekanan, tetapi juga perlu menangani keadaan pelarian denagn pelbagai penyakit.


“Kami akan berlepas pada 4 Julai melalui pesawat tentera. Pesawat ini mempunyai kapasiti kargo yang besar dan boleh membawa pelbagai barang untuk disalurkan ke kem pelarian.


“Oleh itu, mereka yang ingin memberikan bantuan dapat melakukannya melalui Biro Kebajikan Amanah. Barangan seperti coklat, gula-gula dan roti dialu-alukan, “katanya selepas rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Shah Alam, Ahad lalu.


Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


Salahuddin Ayub; Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]