Wujud rasuah dalam pemilihan Umno

in Politik by


BALING – Bekas Adun Bayu mendedahkan wujud pakatan membeli undi dalam pemilihan Umno kali ini.


Datuk Azmi Che Husain berkata, beliau menerima laporan mengenainya dan kini sedang mendapatkan maklumat dan bukti lebih terperinci.


Beliau yang menjadi wakil rakyat pada 2008 hingga 2018 berkata, ada sogokan diberi kepada ahli parti bagi memilih calon terbabit.


“Laporan kita terima di Baling pun berlaku. Dalam pemilihan Wanita pun saya dapati berlaku. Kita tunggu perwakilan berani ke hadapan buat laporan.


“Kami akan dapatkan maklumat dan bukti berkaitan laporan lisan yang diterima. Kita tidak akan beri ruang kepada pemberi dan penerima rasuah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.


Beliau berkata, bahagian disiplin parti perlu lebih telus dalam menyiasat laporan diterima.


“Bahagian disiplin jika ada laporan daripada pihak bahagian, jangan berat sebelah. Kita sama sahaja, tiada kerajaan.


“Untuk siasat perkara ini tidak perlu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya lembaga disiplin itu perlu terdiri daripada orang alim, bukannya penyamun dan penyangak,” katanya.


Menurutnya, beliau juga secara sukarela menawarkan diri untuk menyiasat perkara berkenaan demi kebaikan parti.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]