38,718 peneroka terima surat hak milik tanah di Pahang

in Edisi Pahang by


RAUB – Seramai 38,178 peneroka Felda di negeri ini menerima suratan hak milik tanah masing-masing sehingga hari ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah tersebut merekodkan kira-kira 87.3 peratus daripada keseluruhan 43,124 peneroka daripada 115 tanah rancangan yang menerima surat hak milik.


“Pemberian suratan hak milik yang telah lama dinantikan warga peneroka itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan warga peneroka di seluruh negeri.


“Hanya 11 peratus atau kira-kira 4,948 peneroka yang masih belum menerima suratan hak milik yang masih dalam proses,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik tanah peneroka Felda Tersang 2 dan Tersang 3 di Masjid Felda Tersang 2 di sini hari ini.


Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Nazri Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram; Adun Dong, Datuk Seri Shahiruddin Abd Moin dan Pegawai daerah, Datuk Hamdan Hussin.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]