Bayi dicampak dari tingkat dua

in Edisi Selangor KL by


KAJANG – Kejam apabila seorang bayi lelaki baru dilahirkan dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, berhampiran Hentian Bas Kajang, Kajang, semalam.


Dalam insiden kira-kira jam 5 petang itu, bayi berkenaan terjatuh di atas jalan raya sebelum diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian.


Bayi tanpa pakaian itu dilapor masih hidup meskipun cedera di bahagian kepala.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.848746.1529898806!/image/image.jpg


Kejadian itu dirakamĀ  orang awam dan tular di laman media sosial sejak semalam.


Dalam video berdurasi 1.09 saat itu, kelihatan seorang lelaki mendukung bayi yang hanya dibalut dengan sehelai kain menaiki sebuah van dipercayai untuk membawanya ke hospital.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]