Bersatu masuk Sarawak atas permintaan rakyat

in Politik by


PETALING JAYA – Parti Bersatu akan melebarkan kuasanya ke Sarawak atas permintaan rakyat negeri Bumi Kenyalang itu.


Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Bersatu akan mengikut jejak langkah komponen lain Pakatan Harapan (Harapan) untuk bertapak di Sarawak.


“Bersatu dalam rancangan untuk pergi ke Sarawak, ini susulan permintaan daripada rakyat di sana.


“Tapi kita (Bersatu) tidak akan pergi ke Sabah kerana kita anggap Warisan itu sebagai parti sahabat, jadi tidak perlulah kita ke Sabah,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.


Menurut Mahathir, kedatangan Bersatu ke Sarawak tidak memaksa untuk rakyat di sana menyertai mereka.


“Terpulang kepada orang Sarawak untuk sertai Bersatu atau tidak, kita datang atas permintaan.


“Bukan setakat melebarkan sayap, kepala semua kita bawa.


“Pemimpin juga kita akan pilih ikut pilihan rakyat di sana, terpulang kepada mereka nak lantik siapa nanti,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]