Isam menang tanpa betanding

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


TAMPIN – Datuk Mohd Isam Mohd Isa menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Tampin sempena persidangan serentak seluruh negara di bahagian masing-masing, kelmarin.           


Mohd Isam yang juga Adun Gemencheh, mula menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Tampin dari 2004 hingga 2008 dan diangkat menjadi Bendahari Pemuda Umno Negeri Sembilan dari 2008 hingga 2013.


Dalam tempoh penggal 2008 hingga 2013, Mohd Isam turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Ekonomi dan Keusahawanan Pemuda Umno dan Ketua Pemuda Bahagian Tampin.


Pada 2013 sehingga pemilihan semula dijalankan kelmarin, Mohd Isam memegang amanah sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Tampin sebelum disahkan menang tanpa bertanding sebagai ketua Umno bahagian.


Sebelum ini, posisi Ketua Umno Bahagian Tampin diterajui Datuk Seri Shaziman Abu Mansor selama 17 tahun iaitu sejak 2001 lagi.


Selepas PRU14, timbul khabar angin menyatakan Shaziman meletakkan jawatan, namun ia hanyalah salah faham.


Shaziman sebenarnya mencadangkan  sekiranya jawatan berkenaan dipertandingkan pada masa akan datang, beliau dengan rela memberi ruang kepada calon muka baharu bagi memikul amanah berkenaan.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]