Jagalah hati orang lain: Elly Mazlein

in Hiburan by

Jagalah hati orang lain: Elly Mazlein


PENYANYI dan pelakon, Elly Mazlein meluahkan rasa syukur apabila bekas suami, Azmi Hatta berkunjung ke rumahnya bagi menziarahi anak mereka iaitu Putri Sara Sefhia, semalam.


Walau bagaimanapun, luahan ringkas penyanyi itu tetap dipertikai oleh netizen kerana tidak ada foto menunjukkan pertemuan di antara Sefhia, 2, dan bapanya.


“Tapi tak nampak pun gambar daddy dan Sefhia bersama??? Camne pun love!!!,” tulis netizen.


Tidak cepat melatah Elly hanya membalas komen dengan ringkas “Jagalah hati orang lain,”.


Terdahulu Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38 atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom menerusi Instagram turut berkata ingin berubah menjadi lebih baik demi kebahagiaan Sefhia.


“Alhamdulillah pertemuan yang indah dua beranak , Sefhia dan daddy @azmi_hata. Terima kasih daddy @azmi_hata & mommy @fayekusairi.


“Tiada yang indah selain kebahagiaan buat si kecil. Semoga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan untuk nyawa yang kita sayang. Selamat hari raya,” coret Kak Lina.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]