Keanggunan telefon pintar warna merah jambu

in Bisnes by


DILAHIRKAN untuk pengguna muda, telefon pintar Huawei nova 2 lite warna merah jambu mempunyai 5.99 HUAWEI FullView Display.


Ia juga disertakan reka bentuk yang menakjubkan dan lebih anggun sesuai dengan dedikasi untuk pengguna wanita.


Telefon pintar ini didatangkan dengan kamera belakang dual dan selfie toning flash bagi membolehkan pengguna menikmati pengalaman fotografi profesional.


Ia turut dilengkapi Emui 8.0 berdasarkan Android 8.0 bagi menawarkan pengalaman pintar dan lancar.


Huawei nova 2 lite menyampaikan fungsi dan pengalaman yang lebih baik kepada pencinta fotografi dengan aspek yang paling bergaya.


Dengan wawasan teknologi terkini, Huawei Nova 2 lite dilengkapi dengan muka berketepatan tinggi dan buka kunci cap jari.


Ia hanya mengambil beberapa saat untuk membuka kunci telefon manakala sensor cap jari 4.0 membolehkan pengguna membuka kunci peranti dalam masa kurang dari 0.35 saat.


dengan gaya keanggunan ini, Huawei nova 2 lite ditawarkan pada harga RM754 dengan kasar sifar GST.


Maklumat lanjut boleh layari http://consumer.huawei.com atau laman Facebook rasmi Huawei www.facebook.com/HuaweiMobileMY.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]