Reunion erat silaturahim

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SMKTAM) bagi sesi 1971 hingga 1975 bertemu semula selepas 43 tahun meninggalkan sekolah.


Naib Pengerusi Persatuan Alumni SMKTAM, Ahmad Fuad Ashari berkata, program Jamuan Hari Raya Aidilfitri berkenaan diadakan bagi mempertemukan semula bekas pelajar itu.


Menurutnya, program berkenaan mendapat sambutan apabila dihadiri seramai 50 bekas pelajar.


“Kami gembira dan teruja untuk berhari raya beramai-ramai kerana berpeluang mengimbau kenangan hampir 40 tahun selepas menamatkan persekolahan.


“Pertemuan sebegini amat bermanfaat kerana dapat menjalinkan hubungan terputus, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara bekas pelajar,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]