Terbaru sempena raya dengan Tony Roma's

in Bisnes by


SEMPENA musim perayaan kini, Tony Roma’s mengumumkan Festive Sharing Platters baharu yang sempurna untuk dikongsikan anda bersama orang tersayang.


Festive Sharing Platters disediakan bagi memenuhi cita rasa mereka pada harga senilai menu ditawarkan.


Menu masa terhad ini terdiri daripada Meriah Platter, Syukur Platter dan Nikmat Platter dengan ketiga-tiganya memberikan rasa daging ayam, kambing biri-biri dan lembu yang enak dan istimewa yang boleh dinikmati empat hingga lima orang.


Meriah Platter ditawarkan pada harga RM180* ini terdiri daripada 10oz Bread Brisket yang dipanggang dengan rempah istimewa, empat keping bahagian bahu kambing biri-biri dengan sos plum agave, bahagian rusuk kambing biri-biri dengan sos plum madu dan setengah ayam BBQ.


Plat Hidangan Syukur pula ditawarkan pada harga RM220* untuk enam orang terdiri daripada 10oz daging lembu dibakar dengan rempah, empat keping daging bahagian bahu kambing biri-biri dengan saus plum agave, daging lembu bahagia rusuk, daging kambing yang diperap istimewa dengan bawang jeruk dan 1/2 ayam BBQ.


Untuk sekumpulan enam hingga tujuh orang, boleh cuba Nikmat Platter yang berharga RM280* yang menawarkan 10oz daging lembu yang dipanggang dengan rempah, Lamb Ribs Full Slab dengan sos plum madu, daging lembu Riblet bersama resipi sos BBQ Tony Roma’s, daging kambing biri-biri dengan bawang dan ½ ayam BBQ.


Kesemua hidangan ini disediakan dengan roti percuma.


Sementara itu, pengunjung boleh melengkapkan pesanan dengan hidangan sampingan seperti nasi, brokoli, pasta ayam dan kentang lecek yang dimuatkan dalam cawan sup untuk pada harga hanya RM5* setiap satu.


Selain itu, minuman sempena perayaan ini juga dihidangkan antaranya Kurma Banana Chocolicious (RM17.80*), Pandan Soy Delight (RM17.80*), dan Creamy Mango Tango (RM15.80*) sebagai pelengkap kepada hidangan Tony Roma’s.

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]