Tun M luangkan masa ziarah Anwar

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Pusat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) petang tadi.


Ketua Umum PKR itu dimasukkan ke hospital Sabtu lalu selepas mengadu sakit belakang selepas pulang dari Turki.


Isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata keadaan kesihatan suaminya stabil.


Sementara itu, berdasarkan gambar dikongsikan di Twitter penyokong Anwar, @DSAIsupporters Anwar kelihatan tersenyum di samping Wan Azizah dan Dr Mahathir.


“Mahathir melawat rakannya Anwar di hospital. Semoga muafakat PH terus kukuh dan utuh. #Pray4Anwar,” paparan kenyataan di Twitter berkenaan.


[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dimasukkan ke hospital]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]