Warga Sinar Kasih terharu terima kunjungan

in Edisi Utara by


KUALA KETIL – Warga Pertubuhan Sinar Kasih Air Itam di Kampung Kuala Samak terharu menerima kunjungan Kelab Motosikal Adik Beradik, dari Padang Serai.


Ketua Media Kelab Motosikal Adik Beradik, Abd Manan Md Hassan berkata, kunjungan itu bagi meraikan anak-anak yatim dan miskin sempena Syawal.


“Pengasas pertubuhan memaklumkan ini kali pertama kelab motosikal tinggi sudi datang meraikan anak-anak yatim di situ,” katanya.


Katanya, dalam kunjungan itu, kelab turut mengagihkan sumbangan duit raya dan zakat kepada anak-anak pertubuhan berkenaan.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]