Ahmad Said dijangka selesai beri keterangan petang ini

in Nasional by


PUTRAJAYA – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dijangka selesai memberi keterangan petang ini berhubung skandal penyelewengan syarikat pelaburan 1MDB.


Kenderaan yang membawa Adun Kijal itu tiba di perkarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.30 pagi.


Terdahulu, media dimaklumkan Ahmad akan hadir ke SPRM jam 10 pagi berhubung laporan dan penyelewengan rasuah.


Sebelum ini, Ahmad menyatakan kesediaannya memberi kerjasama kepada pasukan penyiasat 1MDB.


1MDB ditubuhkan sebagai sebuah syarikat di bawah Menteri


Kewangan Diperbadankan (MKD) mempunyai kaitan secara langsung dengan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA).


TIA ditubuhkan Kerajaan Terengganu pada 27 Februari 2009 yang ketika itu diterajui oleh Ahmad.


Tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk mewujudkan dana kekayaan negara (Sovereign Wealth Fund) dengan dana permulaan berjumlah RM11 bilion.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]