Angkasawan AS saman anak

in Global by


FLORIDA – AMERIKA SYARIKAT. Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Buzz Aldrin bertindak menyaman dua anaknya serta bekas pengurus syarikatnya atas dakwaan pecah amanah dan fitnah.


Saman berkenaan difailkan seminggu selepas anak-anaknya melancarkan petisyen bagi mengambil alih kewangan beliau atas alasan Aldrin mengalami ‘penurunan kognitif’ serta membelanjakan wang secara boros.


Sementara itu, dalam temubual bersama Wall Street Journal minggu lalu, angkasawan berusia 88 tahun itu berkata beliau tidak memerlukan penjaga bagi menguruskan kewangannya.


Sebaliknya beliau mendakwa kedua-dua anaknya, Andrew Aldrin, 60, dan Janice Aldrin, 60, serta bekas pengurus Christina Korp telah  mengambil alih kewangannya untuk kepentingan diri sendiri.


Beliau turut difitnah menghidap penyakit Alzheimer dan nyanyuk.


Aldrin adalah sebahagian daripada krew Apollo 11, misi angkasa lepas pertama yang berjaya mendaratkan dua manusia di bulan pada tahun 1969. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]