Chile sasar usir 2,000 pendatang tanpa izin

in Global by


SANTIAGO – CHILE. Presiden Chile, Sebastian Pinera, berkata kerajaannya menetapkan sasaran mengusir kira-kira 2,000 pendatang tanpa izin dari negara itu menjelang akhir tahun ini.


Langkah itu adalah sebahagian daripada pelanĀ  kerajaan menangani pendatang dalam tempoh empat tahun berikutan kebanjiran golongan tersebut di negara itu.


Program pengusiran itu akan mengutamakan warga asing yang mempunyai rekod jenayah dan pendatang yang tidak menerima tawaran kerajaan untuk ‘mengesahkan’ taraf mereka.


“Berkuat kuasa akhir tahun ini, kira-kira 2,000 pendatang yang melakukan jenayah akan diusir keluar dari negara ini.


“Fasa pertama pengusiran membabitkan individu yang mempunyai rekod jenayah, manakala fasa seterusnya membabitkan pendatang yang sedang menjalani hukuman penjara dan mereka akan diusir sebaik sahaja tamat tempoh hukuman,” kata jurucakap kerajaan, Cecilia Perez.


Kumpulan ketiga pula membabitkan semua pendatang yang tidak menerima tawaran untuk menjalani proses pendaftaran yang dilaksanakan kerajaan mulai April lalu.


Menurut Kementerian Dalam Negeri, setakat ini, lebih 140,000 pendatang sudah menerima dokumen pengesahan pendaftaran masing-masing. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]