Highland Towers: Tindakan lanjut diumum hari ini

in Nasional by


AMPANG – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin akan mengumumkan tindakan lanjut berhubung status pangsapuri Highland Towers, hari ini.


Menurutnya, keputusan terhadap kawasan Highland Towers itu akan diumum dalam sidang media mingguan di Putrajaya.


“Kita akan maklumkan apa keputusan terhadap Highland Towers ketika sidang media mingguan di Putrajaya esok (hari ini),” katanya seperti dilapor laman portal berita, semalam.


Awal bulan lalu Zuraida berkata, satu jawatankuasa khas akan diwujudkan dalam masa terdekat untuk melaksanakan kajian kemungkinan bagi pengambilan tanah dan pembangunan semula kawasan Highland Towers.


“Kawasan tersebut kini menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian dan sarang pencuri malah keadaan ini merisaukan penduduk sekitar,” katanya pada sidang media sebelum ini.


Bangunan di kawasan yang sudah ditinggalkan hampir 25 tahun itu kini menjadi sarang penagih dadah dan maksiat serta masih diceroboh walaupun dipagar dan dikunci.


Highland Towers yang mempunyai dua blok kediaman setinggi 12 tingkat dikosongkan selepas tragedi 11 Disember 1993.


Kejadian membabitkan keruntuhan Blok 1 itu meragut 48 nyawa dalam insiden menyayat hati.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]