Indonesia keluar mengundi esok, pilih Gabenor baru

in Global by


BANDUNG – INDONESIA. Hampir 33 juta pengundi di Jawa Barat, Indonesia akan keluar mengundi esok untuk memilih Gabenor baru.


Pemilihan tersebut sebahagian daripada pilihan raya tempatan di 17 wilayah dan 154 daerah serta bandar-bandar seluruh Indonesia.


Pilihan raya Gabenor Jawa timur menyaksikan persaingan empat penjuru. Salah seorang daripada mereka – Ridwan Kamil, 46 tahun, Datuk Bandar kota Bandung.


Beliau bertanding dengan sokongan lima parti politik dan pasangannya adalah Bupati Tasikmalaya, Uu Ruzhanul Ulum.


Bersama-sama, mereka berharap untuk membuat perubahan kepada seluruh Jawa Timur seperti transformasi yang berjaya dilakukan di Bandung.


Meskipun begitu, selain perubahan fizikal, Gabenor baru Jawa Timur menghadapi cabaran-cabaran lebih besar. Wilayah itu sering dilanda bencana alam terutama semasa musim hujan.


“Kita tahu ada beberapa bencana seperti di Garut, ada banjir bandang. Jadi perlindungan lingkungan tentunya harus diberi fokus kembali,” kata seorang penduduk Jawa Timur, Cik Suci Sahara.


Seorang lagi calon, Deddy Mizwar yakin bencana alam boleh dielakkan dengan perancangan lebih baik.


Deddy, 63 tahun, yang kini timbalan gabenor dan seorang pelakon veteran berkata pembangunan di wilayah itu harus mampan.


Deddy dan Ridwan mendahului tinjauan pendapat untuk memenangi pilihan raya gabenor Jawa Timur. Dua calon lain adalah bekas jeneral tentera dan Datuk bandar Bekasi.


Pemerhati mengatakan keputusan pengundi akan mempengaruhi pilihan raya parlimen dan presiden tahun depan. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]