Jerman tahan lelaki disyaki pengawal peribadi Osama

in Global by


BERLIN – JERMAN. Seorang lelaki warga Tunisia yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Osama bin Laden, kini ditahan di Jerman, sementara menunggu dihantar pulang ke Tunisia, kata jurucakap bandar Bochum hari ini.


Kes Sami A mencetuskan kemarahan orang ramai pada bulan April selepas media Jerman melaporkan bahawa dia menerima manfaat kebajikan meskipun agensi-agensi risikan menganggapnya sebagai ancaman.


Menurut polis semalam , mereka menahan Sami A setelah diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa di bandar barat Bochum dan dia tidak melawan apabila diberkas.


Jurucakap bandar Bochum, Peter van Dyk, berkata Sami A dihadapkan ke mahkamah semalamyang memutuskan bahawa suspek seharusnya ditahan sementara menunggu untuk dihantar pulang.


Van Dyk berkata bahawa bandar Bochum menerima pemberitahuan daripada Pejabat Persekutuan bagi Pendatang dan Pelarian (BAMF) pada Isnin, bahawa pihaknya menganggap terdapat tiada halangan untuk menghantarnya pulangnya


Pihak berkuasa Jerman cuba menghantar pulang lelaki tersebut, yang sudah tinggal di bandar barat laut Bochum sejak tahun 1997, tetapi ancaman akan diseksa di negara asalnya menghalang langkah itu diambil, menurut satu laporan Bild.


Menteri Dalam Negeri Horst Seehofer mengarahkan pihak berkuasa imigresen untuk mempercepatkan prosiding yang membolehkan Jerman menghantar pulang Sami A. – CNA


Source: SH Global

[featured-video-plus]