JKKP Johor keluar notis henti kerja pembinaan

in Edisi by


JOHOR BAHRU – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor telah mengeluarkan notis pemberhentian sebarang aktiviti dan kerja-kerja pembinaan di sebuah tapak pembinaan di Pekan Nenas, Mukim Jeram Batu, Pontian.


Jurucakap JKKP Johor berkata, notis dikeluarkan  susulan berlakunya insiden empat pekerja binaan terjatuh dari salah sebuah bangunan yang sedang dibina.


“Perkara itu dibuat bagi menbolehkan siasatan terperinci untuk mengenalpasti punca kejadian.


“Tindakan perundangan akan diambil sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967 kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.


Sehubungan itu, katanya, JKKP Johor memaklumkan keempat-empat pekerja berkenaan dipercayai telah terjatuh daripada ketinggian 10.8 meter ketika menjalankan aktiviti binaan di bahagian atas bangunan sedang di bina.


“Ketika kejadian keempat-empat mangsa sedang melakukan kerja-kerja konkrit roof beam di bangunan tersebut dan tiba-tiba penyangga kotak acuan dipercayai runtuh lalu menyebabkan kesemua mereka terjatuh,” katanya.


Jelasnya, Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengahari, semalam.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]