Juzfit Mixed Fiber Juice, lancar kempen kesihatan

in Bisnes by


Lux K Sdn Bhd yakin produk minuman kesihatan keluarannya Juzfit Mixed Fiber Juice, mampu mengunjurkan jualan sehingga tiga kali ganda pada tahun ini mengatasi jumlah jualan 60,000 unit botol yang terjual, tahun sebelumnya.


Penolong Pengarahnya, Ikhwan Afiq Mohd Amran berkata, tahun ini dijangka kadar pertumbuhan adalah baik, disamping pembelian secara atas talian yang semakin meningkat kini menjadi ‘pemain’ utama dalam penjualan produk ini.


“Oleh sebab itu, pihak kami yakin jualan produk minuman kesihatan Juzfit Mixed Fiber Juice, akan mampu mencatatkan jualan sehingga tiga kali ganda pada tahun ini. Tahun lepas sahaja jualan mencecah RM1.8juta,” katanya.


Beliau berkata, meskipun berhadapan dengan saingan di pasaran, namun pihaknya tetap optimis dengan penerimaan pelanggan terhadap produk minuman kesihatan ini ditambah dengan kelainan serta keunikan yang ada pada Juzfit Mixed Fiber Juice berbanding produk minuman kesihatan yang lain.


“Kandungan yang ada pada Juzfit Mixed Fiber Juice adalah 100 peratus (%)  daripada extract buah garcinia yang berkeupayaan membantu menyihatkan tubuh badan dan menurunkan berat badan.


“Kandungan berkenaan turut dilengkapi campuran buah-buahan seperti beri, lemon dengan bahan yang diformulasikan mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM),” katanya.


Ikhwan berkata, bagi memastikan produk minuman kesihatan Juzfit Mixed Fiber Juice terus bertapak dan relevan di pasaran, pihaknya akan memastikan kualiti produk terus dijaga, disamping melancarkan beberapa siri kempen kesihatan.


“Selain itu, kami turut bercadang mengadakan beberapa kerjasama dengan selebriti tanah air, sebagai startegi pemasaran jangka panjang,” katanya.


Katanya, pada masa kini, ramai selebriti negara telahpun mengamalkan juzfit.


Sementara itu, menurut beliau, dalam masa terdekat ini, pihaknya akan menembusi pasaran atas talian di Indonesia.


“Sekarang ini, kami memberi tumpuan sepenuhnya pada pasaran Brunei, Singapura, disamping Malaysia dan yakin sedikit masa lagi akan menembusi pasaran atas talian di Indonesia. “Setakat ini, kita mempunyai seramai 200 stokis di seluruh negara,”katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]