Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.


Lebihan mudah tunai hari ini dianggarkan sebanyak RM39.30 bilion dalam sistem konvensional dan RM12.29 bilion dalam dana Islam.


Bank pusat akan melaksanakan tiga tender pasaran wang konvensional terdiri RM3 bilion masing-masing bagi tujuh hari, 14 hari dan 21 hari serta dua tender Qard RM700 juta masing-masing bagi tujuh hari dan 14 hari.


BNM juga akan menerbitkan Bil-bil Islam Antara Bank RM1 bilion bagi 33 hari.


Pada 4 petang, bank pusat akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM30.3 bilion dan tender Qard bagi RM10.9 bilion. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]