Kerajaan komited majukan teknologi benih sayuran

in Nasional by


SEPANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat untuk memajukan teknologi penghasilan benih sayur-sayuran sebagai satu langkah memajukan lagi sektor pertanian di negara ini.


Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, usaha itu dapat mengurangkan kebergantungan kepada benih import, selain membantu petani kecil mendapatkan benih dengan harga yang lebih rendah dan berkualiti.


“Kita akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Mardi dan beberapa jabatan lain supaya teknologi penghasilan  benih dapat dihasilkan,” katanya.


Salehhudin menjelaskan, buat masa ini sektor pertanian menggunakan hampir 90peratus benih import sayur-sayuran.


“Walaupun bukan dalam jangka masa terdekat, tapi kita akan mulakan segera,” katanya yang turut mengakui kebergantungan itu menjadi faktor  harga pasaran yang tinggi.


Beliau sebelum itu mengadakan lawatan kerja di Projek Usahawantani Bukit Damar, di sini hari ini.


Sementara itu, Salahuddin berkata beberapa intensif akan diberikan kementerian itu kepada petani-petani yang menjalankan projek tanaman pelbagai jenis sayuran di atas 50 ekar rizab Tenaga Nasional Berhad (TNB)di kawasan itu.


Hasil dialog, kita mengetahui mengenai potensi dan halangan yang dihadapi petani di sini dan kementerian kementerian akan fikirkan beberapa insentif yang harus diberikan supaya kumpulan ini terus berkembang,” katanya.


Katanya antara insentif berkenaan termasuk untuk meningkatkan latihan dan teknologi baru dalam sektor pertanian.


“Saya akan pastikan modul dalam latihan kepada petani sentiasa terkehadapan. Kecekapan dan kemahiran petani juga perlu dipertingkatkan,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]