Lebih 400 penuntut UTeM lapor diri

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


DURIAN TUNGGAL – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima seramai 492 penuntut yang melaporkan diri bagi diploma sesi 2018/2019 di Pusat Pengajian Siswazah, Kampus Induk UTeM baru- baru ini.


Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar UTeM, Mohd Nizam Pavel berkata, sebanyak 417 pendaftaran diterima secara awalan menerusi pendaftaran di atas talian (online), manakala bakinya hadir dan mendaftar secara biasa.


Menurutnya, penuntut yang telah mendaftar secara online hanya perlu hadir untuk menghantar dokumen yang diminta di samping mengambil kad pelajar dan kunci kediaman masing-masing.


“Kesemua penuntut yang mendaftar akan terus ke Kolej Kediaman Satria UTeM yang mana ia diuruskan secara terus oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar.


“Program pendaftaran kemudian diteruskan dengan sesi taklimat kediaman dan juga peraturan-peraturan di universiti ini,” katanya.


Jelasnya, Fakukti Kejuruteraan Pembuatan mencatatkan jumlah bilangan  tertinggi iaitu seramai 158 orang, manakala Fakulti Mekanikal hanya seramai 70 penuntut sahaja.


Dalam pada itu,  Fakulti Kejuruteraan Elektrik menerima pendaftaran seramai 99 orang diikuti 86 orang bagi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektronik cecah 79 orang.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]