Maafkan kami: Salah

in Sukan by


MOHAMED Salah memohon maaf kepada penyokong Mesir selepas pasukannya meninggalkan pentas Piala Dunia tanpa sebarang kemenangan.


Mesir mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan itu selepas mereka tewas kepada Arab Saudi 1-2 malam tadi, sekali gus berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata daripada tiga perlawanan Kumpulan A.


Sebelum ini, Mesir tewas kepada Uruguay 0-1 sebelum dimalukan tuan rumah, Rusia 1-3.


Penyerang Liverpool itu berharap Mesir dapat kembali ke pentas Piala Dunia pada 2022 dan memperbaiki prestasi untuk masa depan.


“Kami mahu memohon maaf kepada semua peminat Mesir yang datang menyokong kami dalam tiga perlawanan di sini.


“Saya tahu sukar bagi mereka, seperti kami.


“Saya hanya mahu mengatakan bahawa Mesir layak beraksi dalam Piala Dunia selepas 28 tahun, beberapa pemain di sini tidak mempunyai pengalaman yang diperlukan, terima kasih kepada semua dan kami akan kembali lagi pada 2022,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]