Perak tiada pilihan kecuali menang

in Sukan by


PENYOKONG Perak mahu skuad The Bos Gaurus itu kembali ke landasan kemenangan pada aksi berdepan Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, malam ini.


Ketua Kelab Gendang Perak (KGP) Ahmad Lutfi Abdul Halim berkata, kemenangan berkenaan penting bagi mengukuhkan kedudukan skuad kendalian Mehmet Durakovic dalam carta liga.


“Perak perlu menang pada perlawanan ini. Kemenangan ini akan membantu untuk kukuhkan lagi kedudukan Bos Gaurus.


“Semoga pemain kekal berdisiplin mengikut arahan taktikal jurulatih demi menjamin kemenangan yang diharap-harapkan,” katanya kepada Sinar Harian.


Sementara itu, Admin Perak Mania, Redzuan Alias berharap agar kesebelasan Perak dapat beraksi baik demi merealisasikan kemenangan di laman sendiri.


“Rasanya Perak tiada masalah untuk mendapatkan tiga mata penuh.


“Semoga pemain Perak tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan lebih jaringan kerana di hujung saingan ini jika wujud mata yang sama, kelebihan jaringan bakal jadi penentu,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]