Pilih nama alim ulama, bukan nama artis Korea: Aliff Syukri

in Hiburan by

Pilih nama alim ulama, bukan nama artis Korea: Aliff Syukri


ISTERI kepada usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram semalam.


Berita gembira itu dikongsi sendiri Aliff Syukri di laman Instagramnya setelah penantian selama enam tahun.


“Saat ketika anak @yusoffalqardawi abah mengazankan anak abahku sayang.  Lain macamlah happy ya,” tulisnya.


Bayi lelaki tersebut diberi nama Yusoff al-Qardawi.


“Sedap tak nama saya @yusoffalqardawi nama alim ulama Islam, bukan nama artis Korea sebab besar nanti saya nak jadi alim ulama. Thanks semua makcik dan pakcik yang sudi follow IG baru @yusoffalqardawi sebab kat sana abah saya post lagi banyak pic saya,” tulis Aliff.  


Sebelum ini, Aliff sudah lama mengimpikan zuriat yang ramai dan tidak menyangka dia mendapat rezeki itu selepas mengambil dua orang angkat.


Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.


Pasangan ini mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober yang kini berusia sembilan bulan dan Qayyum pada awal Disember yang usianya tujuh bulan.


 


 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]