Quizine Ready to Eat MeatBar

in Bisnes by


Quizine Ready to Eat MeatBar, produk makanan siap dimakan (ready to eat), menyelesaikan masalah kepada pengembara ketika berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan selain memberikan pilihan rasa baru menggantikan produk yang sedia ada.


Pengembara pastinya memerlukan makanan yang sihat, mudah dibawa, boleh terus dimakan dan membekalkan tenaga bagi melakukan aktiviti seharian.


Untuk keperluan itu, Quizine Ready to Eat MeatBar  adalah pilihan yang tepat. Ia memenuhi kriteria yang dikehendaki (makanan sihat, dan mudah dibawa ke mana sahaja).


Malah, kelebihan produk inovasi makanan ini, ia tidak perlu dipanaskan dan boleh disajikan dengan pelbagai cara.


Quizine Ready To Eat MeatBar dibangunkan hasil penyelidikan dari Cawangan Pemakanan & Rangsum, Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) untuk dijadikan makanan rangsum askar (army ration) pada amnya.


Bagaimanapun, sasarannya diperluaskan untuk golongan Backpackers, Hikers dan juga sesuai untuk mereka yang bekerja dan tiada masa untuk memasak di rumah.


Selain itu, kepada penggembara yang selalu ke luar negara dan bimbang untuk mendapatkan makanan halal di negara yang dikunjungi, boleh juga menikmati dan merasai produk inovasi ini.


Kini, Famille Lab PLT, sebuah syarikat permulaan teknologi yang ditubuhkan melalui program pembangunan keusahawanan graduan Symbiosis (program UMK-MTDC Symbiosis) oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)  diberi tanggungjawab untuk memasarkan produk Quizine Ready to Eat MeatBar ini.


Tidak perlu dipanaskan


Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Nooramiza Wahab, projek ini telah dimuktamadkan selepas menjalani penyelidikan dan pembangunan pada formulasi termasuk ujian deria rasa dalam tempoh lima tahun (2010-2015).


“Perumusan yang terbaik dan stabil telah dipilih untuk dikomersilkan,” katanya.


Katanya, Quizine Ready to Eat MeatBar adalah produk makanan siap dimakan (ready to eat), yang boleh dimakan tanpa perlu dipanaskan berbanding produk makanan yang sedia ada malah boleh disajikan dengan pelbagai cara.


“Jadi, kelebihan yang ada pada Quizine Ready to Eat MeatBar sudah tentu akan memberi nilai tambah kepada pengguna yang menggunakannya,” katanya.


Tiga variasi rasa


Quizine Ready to Eat MeatBar ini, didatangkan dengan resipi rahsia dalam tiga variasi rasa iaitu sate, percik madu, dan lada hitam (ayam dan daging lembu).


Katanya, Quizine Ready to Eat MeatBar boleh disajikan bersama roti, nasi, salad dan pelbagai lagi resipi yang boleh diolah.


Menurut beliau, dengan menggunakan teknologi retort, produk ini dapat bertahan sehingga dua tahun.


“Tiada bahan pengawet digunakan untuk ketahanan produk ini. Kelebihan produk Quizine Ready to Eat MeatBar ialah mempunyai kandungan protein yang tinggi dan sesuai untuk dijadikan makanan diet harian,” katanya.


 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]